loading...






Drama Mr Donat Karamel (TV3)

MrDonatKaramel

Nantikan drama rantaian adaptasi novel Mr Donat Karamel karya Hanny Esandra yang akan mengisi slot Lestary TV3. Diterajui oleh Hafidz Roshdi dan Azira Shafinaz sebagai pelakon utama. Drama terbitan JS Pictures Sdn Bhd arahan sutradara Azman Yahya dan skrip oleh Rehal Nuharis. Drama bersiri 13 episod
Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13



JUDUL : MR. DONAT KARAMEL
EPISOD : 13 Episod
TARIKH TAYANGAN : 2 November 2016
HARI / MASA : Rabu-Jumaat, 9.00 malam
SIARAN : Slot Lestary TV3
NOVELIS : Hanny Esandra
SKRIP : Rehal Nuharis
PENGARAH : Azman Yahya (Jinggo)
TERBITAN : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Hafidz Roshdi, Azira Shafinaz, Idris Khan, Fimie Don, Syazuwan Hassan DFKL, Roy Azman, Noniswara, Mona Allen, Sheila Rusly, Shamsul Ghau Ghau, Maria Jaafar, Sophia Liana

WATAK PELAKON
Hafidz Roshdi sebagai Faiq Faiqal
Azira Shafinaz sebagai Anggun Qairah
Idris Khan sebagai Zharif
Fimie Don sebagai Kamil
Syazuwan Hassan DFKL sebagai Redwan
Roy Azman sebagai Dato Azman
Noniswara sebagai Datin Azie

LAGU TEMA / OST MR DONAT KARAMEL
Lagu : Jangan Kecam Cintaku
Penyanyi : Bahrain Rahman
Video & Lirik : LINK
SINOPSIS MR DONAT KARAMEL
Kisah seorang novelis bernama Anggun Qairah yang kerjanya menulis dan makan donat karamel di sebuah kafe. Hari-hari tanpa jemu. Di situ dia mencurahkan ilham. Di situ dia khusyuk dan tenggelam dalam dunia ciptaannya.

Suatu hari dia bertemu dengan Faiq Faiqal secara tidak sengaja dalam satu kemalangan kecil yang merosakkan segala khazanah pentingnya. Cermin mata dan komputer ribanya hancur digilis kereta. Dengan rasa simpati, Faiq membantu Anggun dan menggantikan dua barang penting milik Anggun. Anggun yang rabun, tidak cam siapa lelaki yang melanggarnya.

Faiq pula sudah gila bayang. Dia, CEO Design Dynamic Berhad turun pangkat sebagai pelayan di Kafe Donat Karamel semata-mata kerana mahu mendekati gadis idamannya dengan menyamar sebagai Rafiqi. Rafiqi yang konon-kononnya meminati semua karya garapan Anggun.

Hari demi hari hubungan mereka semakin berkembang mekar sehinggalah Zhariff, lelaki sekampung dengan Anggun, mula mengganggu hubungan mereka. Namun, hubungan mereka tetap kukuh sehinggalah hari bersejarah mereka.

Anggun kecewa bila tahu Rafiqi yang sebenarnya adalah Faiq. Dia rasakan Faiq tidak ikhlas bila Faiq tidak jujur dan menipunya selama ini. Bermulalah misi ops pikat isteri yang dijalankan oleh Faiq. Pelbagai adegan lucu yang Faiq ciptakan.

.

Labels:



comment closed

Powered by Blogger.